Saturday, January 15, 2011

LYRICS THAT CHANGED MY MIND....credit to Ana for being so much of artistic!

Mmmmm......ekceli...saya sangat puitis orangnya ( tak tipo la )

Saya sngt suka seni bertulis..

saya suka poem...

suka baca lirik lagu...


*and sumtimes suka fahamkan terjemahan Al-Quran, sbb ayat2-Nya kalo korunk tgk sangatlah puitis..... ada repetition, hiperbola, simili dan mcm2 lagi... ( i mean like, even aku nakal and banyak berdosa ala2, but still tak lupakan kitabNya dan suka carik maksud ayat )

repetition seperti dalam Surah Ar-Rahman

"dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" diulang almost alternately pada setiap selang satu ayat.

hiperbola seperti :

"dan apabila langit terbelah..."

"matahari digulung......"

"bumi dihampar...."

"dan Kami bersumpah pada tempat jatuhnya bintang-bintang.."


serta simili seperti

"umpama kelkatu yang berterbangan"

"matahari kelihatan seperti tenggelam di laut"

kalau study betol2.....mmg sangat2 berseni serta halus susunan baris2 ayatNya..sehinggakan jika sekalian manusia dan jin berkumpul serta membantu antara satu sama lain pon tidak mampu menghasilkan ayat2 yang serupa.

baiklah.....itu mukadimahnya



Bila saya mendengar sesuatu lagu, saya tengok lirik dia dulu....

and before this pon kalau saya post lagu kat wall, saya post lyric...bukan video klip

neway, talk about song...i used to hate one song very2 much

i mean like, very damn FUCKING much

and the song was "Tolong Ingatkan Aku"- Ana Raffali

pelik.....lagu ntah hapa2 boley menang siap JUARA plak tuh..

first time tau lagu tuh menang, teros youtube dengar lagu tuh..

TUIHHH!! TAK SODAP......

GORENG PON TAK SODAP!!

rasuah nih!!

sah2 ada orang rasuah juri...

juri bukan betol dowh....asal kene sogok sket....mula la

hahak.....*tak pasal2 kan..

BUT TONIGHT............

tonite im feelin a little.......out of control....... ( O.o )

malam tadi aku terdetik tok study maksud lagu tuh..

rangkap demi rangkap.....stanza demi stanza..

and line by line...

kira malam tadi aku buat intensif study la ni......

*tajuk study- Kesusasteraan Lirik


lalu ku renung tajam bait demi bait...

ku tatap teliti pantun demi pantun..

ku resap perlahan jiwa penuh kosong...


and finally apa yang aku dapat???

i was like "WOW"!!!

i mean like "one two three wow!!!"

serius DOWHHHH!!

i really mean it this time....

untuk setiap line lagu tuh, maksud dia SANGAT2 mendalam..

and aku amazed that lagu tuh Ana sendiri yang buat

lagi amazed bila pikir camner dia leh dapat idea wat ayat2 gempak gila babs camtuh..

and for that..

aku nak share ngan korunk sumer....

especially orang yang cam aku nih, dulu cukup benci ngan lagu nih...

meh baca sket analisis maksud sebenar lagu bertajuk :



"Tolong Ingatkan Aku"

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


1. Rangkap pertama - usah diluahkan kata perpisahan, jangan diungkapkan lafaz keramat (hanya dia yang tahu apakah ayat keramat itu..boleh jadi i love you..boleh jadi juga "kita putus..") Biar lenyap diserap bunyi, biar senyap yang tak menyepi. Umpama kemarahan yang tercetus, biarkannya lenyap begitu saja. Biar senyap namun masih ada dan dirasai kewujudannya...


2. Tolong ingatkan aku kisah kau tersedar dengan saku penyeluk masa - Penulis meminta tolong untuk mengingatkannya bahawa pasangannya telah tersedar akan hakikat kenangan yang pernah di cipta bersama (*saku penyeluk masa)..


3. Mari patahkan papan markah lama, Mari padamkan buku tiga lima, Biar luka sembuh sendiri, Biar lupa dimakan hari -Penulis mengajak untuk melupakan segala kenangan silam dan segala hutang piutang yang pahit untuk dikenang supaya luka yang terjadi dapat sembuh dengan sendirinya di mamah oleh masa yang berlalu.


4. Kau dampingi aku Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu - Penulis menyampaikan rasa hatinya betapa dia berdebar-debar dan hatinya bahagia saat di temani oleh pasangannya.


5. Bila marah merasuk minda Kecewa menyelubungi jiwa Aku lupa - Penulis mengatakan bahawa dia lupa pada hakikat yang sebenarnya apabila kemarahan merasuk minda dan menyelubingi jiwanya. Lantas bertindak tanpa berfikir akan kesannya.


6. Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa Ku teringatkanmu Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu - Penulis meminta untuk diingatkan saatnya dia tersedar betapa berbahagianya dia dapat bersama pasangannya.


7. Tolong ingatkan aku kisah kita Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa -Penulis mengulangi kata yang sama untuk mengingatkannya mengenai kisah mereka berdua dan menghargai akan pasangannya dan perasaan kasih yang menemaninya.



moral of the story : aku dah hantu kat lagu nih ( ni moral ker??? )

kredit to :
www.pendekarberkuda.blogspot.com

Love,
FF

2 comments:

  1. FYI, lagu ini ditulis sebelum melodi dicipta.aka...lagu puisi.
    Ini yang aku tau, kalo orang tipu aku, korang pun kene tipu sama la.haha

    ReplyDelete
  2. wow, ko memang bleh dapat title prof emiritus dr dah ni, cit, pegi buat phd kesusasteraan lirik

    haha
    weh, rindu gile ko, lama tak jumpa, haha

    ReplyDelete